Social Icons

Tuesday, 3 May 2016

Kursus Pembantu Tadbir Cemerlang & Pengurusan Masa

Pada 26hb - 29hb Januari 2015, Geo Power System telah menjadi perunding untuk Kursus Pembantu Tadbir Cemerlang & Pengurusan Masa Berkesan bagi Kaki Tangan Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan.



Seramai 28 orang peserta telah berjaya menamatkan kursus dan diberikan sijil. Kursus telah diadakan di Majlis Perbandaran Nilai.

Kursus ini dapat membantu para peserta untuk memahami dan menghayati tentang tugas dan tanggungjawab mereka yang sebagai PEMBANTU TADBIR dan cekap dalam menguruskan masa.

Antara lain objektif kursus ini ialah:

  • Menyemai sikap bertanggungjawab agar menjadi cemerlang.
  • Memahami kemahiran dan kompetensi yang diperlukan dalam menjalankan tugas.
  • Membentuk Etika Pembantu Tadbir yang Efektif ke arah Kecemerlangan Diri dan Organisasi.
  • Menghuraikan keperluan-keperluan masa kini yang harus difahami dan dihayati oleh Pembantu Tadbir.
  • Mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang perlu untuk kecemerlangan Diri dan Organisasi.
  • Membuat keputusan yang lebih baik melalui penggunaan pemikiran kritikal dan kreatif.






No comments:

Post a Comment