Our aims to help your organization do just that through our Essential Skills Training. Our courses are designed to stimulate and encourage the growth and development of individuals to reach their highest potential.
No. |
Course Synopsis |
Download Brochure |
1. |
Amalan Persekitaran Berkualiti 5S. Kaedah Amalan Persekitaran Berkualiti 5S adalah menjadi salah satu pendekatan terbaik bagi mengubah persekitaran pejabat menjadi kemas, teratur dan kondusif yang berjaya. Pelaksanaan Amalan 5S yang menyumbang kepada persekitaran berkualiti ini juga dapat melahirkan warga kerja yang bermotivasi, kreatif, inovatif dan berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan. |
|
2. |
Asas Pertolongan Cemas dan CPR Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. |
|
3. |
Kesedaran Terhadap Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Kursus ini akan memberikan pengettahuan dan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. |
|
4. |
Pemanduan Berhemah Dan Cemerlang. Pengetahuan dan kemahiran kerja adalah satu kemahiran yang dirasakan amat perlu bagi semua pemandu. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemanduan ditambah dengan kemahiran interpersonal serta penyelenggaraan kenderaan pastinya akan meningkatan jatidiri dan mutu kerja kumpulan ini. Pendedahan kepada penyelenggaraan kenderaan akan memberikan mereka satu gambaran baru tentang penjagaan kenderaan dengan cara yang betul. |
|
5. |
Persediaan Pra Persaraan. Persaraan ialah realiti hidup kakitangan awam dan swasta. Disukai atau tidak, ia adalah perubahan corak hidup yang perlu diurus dengan bijaksana. Beberapa kajian yang pernah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu mendapati sebahagian besar pesara hanya seronok menikmati persaraan mereka dalam jangkamasa yang singkat. Untuk jangka masa panjang, ramai yang mensia-siakan masa dan usia emas mereka melalui aktiviti yang tidak produktif. |
|
No comments:
Post a Comment