Social Icons

Thursday, 13 June 2013

Wood Valley Village

WOOD VALLEY VILLAGE merupakan sebuah pusat latihan dan rekreasi di bawah pengurusan Geo Power System (M) Sdn. Bhd. yang bertemakan alam semulajadi. Tempat bersesuaian bagi mereka yang inginkan suasana kedamaian dan ketenangan.

Berlatarbelakangkan Gunung Nuang dan kedinginan Sungai Congkak pasti memberi ketenangan buat mereka yang ingin merehatkan minda daripada kesibukan kotaraya Kuala Lumpur.

Konsep Woodvalley Village dibangunkan sebagai pusat latihan adalah untuk menjana motivasi pengunjung dengan program-program yang disediakan di samping lokasinya yang dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi lantas memberikan impak yang positif lagi efektif kepada para peserta kursus. Ia juga merupakan salah sebuah pusat latihan untuk Induksi Umum (sebelum 2012) Kursus Kenegaraan (sebelum 2011).



Antara agensi kerajaan yang telah mengikuti kursus Kenegaraan di pusat latihan Wood Valley Village ini adalah dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Jemaah Pemasaran Lada Hitam dan lain-lain. Tarikan dan keistimewaannya pusat latihan ini adalah lokasinya yang menarik kerana ianya berdekatan dengan pusat-pusat rekreasi yang lain seperti Bukit Cenuang, Gunung Nuang, Sungai Tekala, Sungai Gabai dan kolam air panas.

Diantara kemudahan yang terdapat di Wood Valley adalah; Dewan Syarahan Surau Kafeteria Bilik Penginapan Berhawa Dingin dan TV Astro Penyediaan Makanan, Minum dan BBQ Kemudahan Aktiviti Luaran untuk Hari Keluarga dan Teambuilding WOOD VALLEY VILLAGE merupakan sebuah pusat latihan dan rekreasi di bawah pengurusan Geo Power System (M) Sdn. Bhd. yang bertemakan alam semulajadi. Tempat bersesuaian bagi mereka yang inginkan suasana kedamaian dan ketenangan.

Berlatarbelakangkan Gunung Nuang dan kedinginan Sungai Congkak pasti memberi ketenangan buat mereka yang ingin merehatkan minda daripada kesibukan kotaraya Kuala Lumpur.