Social Icons

Monday, 22 July 2013

Administrative and Support Training


Our training courses for administrative and support personal empower you with the skills to reach your career goals. As administrative professionals expand their responsibilities, new avenues are opening up for admins to build skills and increase their value to the organization.

No. Course Synopsis Download Brochure


1.
Pembangunan Pembantu Tadbir Cemerlang.
Seorang Pembantu Tadbir bukan hanya bertanggungjawab terhadap arahan orang atasannya sahaja malah semestinya perlu mahir dalam mengurus pejabat dengan cemerlang kerana pengurusan pejabat yang cekap akan melambangkan identiti organisasinya. Pembantu Tadbir yang berkesan akan melancarkan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Kursus ini dapat membantu para peserta untuk meningkatkan professionalisme kerjaya mereka yang bergelar sebagai Pembantu Tadbir..


2.
Pengurusan Pejabat Fail & Rekod
Dalam keadaan persaingan dan cabaran pasaran yang semakin kompetitif, adalah penting untuk membina pendekatan inovatif dan proaktif dalam meningkatkan perkhidmatan organisasi yang bertaraf dunia. Atas tujuan berkenaan, sudah tiba masanya untuk kita menilai dan melaksanakan kemajuan pada sistem fail, rekod dan pengurusan pejabat yang efektif. Kursus ini akan memastikan kakitangan pentadbiran akan menjadi lebih cekap dan berkeyakinan di dalam kerja mereka dan dapat menyumbangkan kepada peningkatan produktiviti pentadbiran organisasi.




3.
Perkhidmatan Kaunter & Pelanggan Cemerlang
Kualiti perhubungan dan perkhidmatan pelanggan kakitangan-kakitangan hadapan (atau kaunter) organisasi boleh menentukan imej, kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Pengurusan kaunter yang cekap dan baik akan memberi gambaran yang positif terhadap imej organisasi. Melalui kursus ini peserta dapat mempertingkatkan lagi khidmat kaunter selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.


4.
Memperkasa Kecemerlangan Motivasi Diri
Program ini dapat membentuk individu mendisiplinkan diri dengan pekerjaan serta hubungan yang lebih baik diantara pihak atasan dan rakan sekerja bagi mencapai matlamat individu dan syarikat. Ianya juga dapat melahirkan keterampilan individu yang lebih bersemangat di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja.


5.
Pembangunan Setiausaha Professional
Sebagai seorang yang profesional, golongan ini sudah pastinya mempunyai hasrat dan keinginan untuk mempamerkan kecekapan, keyakinan, gaya yang sesuai dan sepadan dengan tugas serta tanggungjawab yang diberikan. Setiausaha yang profesional tidak mengira siapa bos mereka.Persekitaran pejabat hari ini telah berubah dengan begitu pesat sejajar dengan perubahan dalam teknologi maklumat yang kini memberi kesan mendalam terhadap kerja - kerja kesetiausahaan.
# All training programme can be conducted in BM or English.

No comments:

Post a Comment