Social Icons

Thursday 27 June 2013

Professional & Personal Development Courses

Professional & Personal Development Courses

Professional development refers to skills and knowledge attained for both personal development and career advancement. Professional development encompasses all types of facilitated learning opportunities, ranging from college degrees to formal coursework, conferences and informal learning opportunities situated in practice.

It has been described as intensive and collaborative, ideally incorporating an evaluative stage. There are a variety of approaches to professional development, including consultation, coaching, communities of practice, lesson study, mentoring, reflective supervision and technical assistance.

No. Course Synopsis Download Brochure

1.
Pengurusan Stress Di Tempat Kerja. 
Stres adalah istilah payung yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, anxieti, kemurungan dan hilang daya. Mengurus stres adalah suatu kemahiran yang penting dalam kehidupan kita pada hari ini. Jika stres tidak diuruskan dengan baik, ia akan melemahkan sistem imun tubuh dan akan memudaratkan kesihatan kita. Produktiviti kita di tempat kerja menurun dan kehidupan rumah tangga kita juga terganggu.

2.
Kemahiran Komunikasi Interpersonal
Kebolehan seseorang untuk berkomunikasi secara interpersonal dan memberikan penyampaian yang baik, akan memberikan seseorang kelebihan dalam kehidupan profesionalnya. Banyak kajian telah membuktikan bahawa salah satu faktor kenaikan pangkat ialah kemahiran berkomunikasi samaada secara interpersonal atau pun secara publik.

3.
Penyelesaian Masalah & Membuat Keputusan.
Banyak keputusan yang dibuat tidak berjaya kerana masalah yang ingin diatasi tidak dianalisis dengan betul. Sebab itulah kursus ini menggabungkan dua tajuk penting yang saling bergantung antara satu dengan lain. Penyelesaian yang pertama dengan betul iaitu mengenal pasti masalah, akan meningkatkan kejayaan komponen yang kedua iaitu membuat keputusan agar komponen yang pertama dapat diatasi.


4.
Etiket Sosial Dan Penampilan Diri.
Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun samada dalam kehidupan harian, dalam perhubungan sesama manusia atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua perilaku yang dilakukan oleh seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.

5.
Pengurusan Masa Berkesan.
Kita selalu terdengar tentang kesuntukan masa untuk menyelesaikan sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan oleh jabatan kepada kita walaupun yang cukup telah diberikan untuk berbuat demikian. Kita juga selalu terdengar tentang mesyuarat atau perbincangan yang berlangsung berjela-jela dan akhirnya tidak ada kata sepakat atau keputusan diperolehi dari msyuarat atau perbincangan tadi. Banyak kali kita merasakan dan terbukti benar bahawa kita datang bertugas tetapi tidak banyak kerja dan perkara yang telah kita selesaikan, kata orang unproductive. Seandainya kita menghadapi senario seperti yang digambarkan di atas, ini bermakna kita sedang menghadapi masalah bagaimana untuk mengurus masa di tempat kerja kita.


6.
Protokol Pengendalian Majlis Rasmi.
Kursus ini membincangkan tatacara pengendalian majlis dan meraikan tetamu dari dalam mahu pun tetamu dari luar. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan tanggungjawab dan peranan sebagai pengendali majlis rasmi dan sebagai pegawai protokol.


7.
Teknik Penyampaian Dan Pengucapan Awam.
Pengucapan awam atau berucap di khalayak ramai adalah merupakan satu kemahiran yang boleh  dipelajari. Ramai yang menganggap kebolehan ini sebagai semulajadi. Tanggapan begini tidak boleh kita terima. Ramai pemimpin agung dunia yang bijak menyampaikan ucapan dan berupaya mempengaruhi pengikutnya tidak berasal dari ahli keluarga yang pandai berucap atau semulajadinya mahir bercakap dan berucap.


8.
Pengurusan Organisasi Effektif.
Kursus ini dirumus khas  untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan serta kemahiran kepada para peserta berkaitan aspek-aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi, halatuju organisasi, motivasi dalam organisasi, ketahanan dan semangat jatidiri seterusnya mampu meningkatkan pengurusan organisasi ke arah kecemerlangan.


9.
Kemahiran Perundingan Berkesan.
Kursus ini dirumus khas  untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan serta kemahiran kepada para peserta berkaitan aspek-aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi, halatuju organisasi, motivasi dalam organisasi, ketahanan dan semangat jatidiri seterusnya mampu meningkatkan pengurusan organisasi ke arah kecemerlangan.


10.
Pengendalian Mesyuarat Efektif.
Mesyuarat menjadi medan mengadakan perbincangan bagi membuat keputusan, memberi penerangan dan mengemukakan pandangan dalam pelbagai perkara dalam organisasi. Ia juga menjadi platform bagi pihak pengurusan atau kumpulan kerja yang lain memaklumkan penemuan kajian mahupun merumuskan dasar-dasar dan sistem kerja organisasi.  Tidak dinafikan terdapat keadaan di mana mesyuarat tidak mendatangkan faedah kerana ia tidak dikendalikan dengan efektif.


11.
Kepimpinan Cemerlang Dan Berwawasan.
Seorang pemimpin tidak semestinya hanya seorang Pengarah ataupun seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi. Tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi ke arah pencapaian. Kursus ini melatih peserta untuk menjadi seorang pemimpin yang efektif dan berupaya membuat perancangan strategik.

# All training programme can be conducted in BM or English.

No comments:

Post a Comment