Social Icons

Wednesday, 26 June 2013

Kursus Kepimpinan Melalui Transformasi (Transforming In Leadership)

Kursus Kepimpinan Melalui Transformasi (Transforming In Leadership)

Kursus Kepimpinan Melalui Transformasi (Transforming In Leadership) yang dianjurkan oleh Pusat Kepimpinan pada 20 Nov 2012. Kursus yang berlangsung selama 3 hari tersebut telah dihadiri seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pegawai berpangkat Kdr TLDM ke bawah yang dipilih oleh Markas Tentera Laut.

Kursus tersebut merupakan salah satu daripada kursus luar yang dianjurkan oleh PKTLDM, di mana tenaga pengajarnya adalah daripada firma GEO POWER SYSTEM (M) Sdn. Bhd. Objektif kursus tersebut dianjurkan adalah untuk memahami sifat kepimpinan yang efektif dan berkesan, menilai kekuatan dan kelebihan diri, mengenalpasti peluang, cabaran dan ruang untuk penambahbaikan di masa hadapan, memahami dan melengkapkan Pelan Pembangunan Kepimpinan dan akhir sekali untuk membina serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sikap dan perwatakan.
   
Kursus tersebut merupakan siri yang kedua berlangsung selepas siri yang pertama pada bulan jun dalam tahun ini. Keseluruhan kursus tersebut berjaya menepati objektif seperti yang telah ditetapkan, serta mendapat respon yang baik daripada peserta kursus.

No comments:

Post a Comment