Social Icons

Friday 14 June 2013

Program Transformasi Minda

Program Transformasi Minda Yang di anjurkan oleh kami.

Mulai 1 Januari 2013, semua perbekalan dalam skim perkhidmatan mengenai keperluan hadir dengan jaya Kursus Induksi sebagai syarat pengesahan dalam perkhidmatan adalah dipinda dan digantikan dengan Program Transformasi Minda (PTM) iaitu mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 (sila baca panduan lengkap dengan memuat-turun PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2012 di SINI).

Objektif PTM adalah untuk:
  1. memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam;
  2. memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam;
  3. menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan
  4. menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.
Pihak Geo Power System telah mengadakan beberapa siri Program Transformasi Minda sejak program ini diperkenalkan, iaitu seperti berikut:


Untuk sebarang pertanyaan penganjuran program ini, sila hubungi pihak kami.

No comments: